Laporan International Future Scientist Conference (iFSC) 2018 Pada 24 Julai 2018, Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan sebuah program pembentangan penyelidikan bagi pelajar Tahap 2 dan pelajar sekolah luar. Program ini telah berlangsung selama 3 hari. Lebih kurang 90 orang peserta telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing kepada para juri. Program ini disertai para pelajar daripada seluruh Malaysia. Tambahan pula, terdapat satu kumpulan penyelidikan daripada Shibata High School, Jepun, yang turut menyertai program tersebut. Para peserta cuba sehabis baik untuk membentangkan penyelidikan mereka Persediaan bagi program telah bermula sejak minggu sebelumnya lagi. Pada 23 Julai 2018, raptai bagi program tersebut telah diadakan sepanjang hari tersebut. Persediaan yang rapi telah dilakukan bagi menjamin perjalanan majlis yang lancar. Para peserta mula menghias tempat pameran penyelidikan mereka bermula daripada pagi hingga ke penghujung har...
Posts
Showing posts from August, 2018