Posts

Showing posts from January, 2018
Image
Peta Minda Cerpen Kaduk Ayam Dan Raja Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)  Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman...
Image
Peta Minda Gurindam Beberapa Petua Hidup GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP TEMA Nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang MAKSUD Rangkap 1 Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka salah langkah. Rangkap 2 Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana. Rangkap 3 Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan. Rangkap 4 Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam kehidupan Rangkap 5 Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun. Rangkap 6 Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari  rakan yang sesuai. Rangkap 7 Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman. Rangkap 8 Orang yang menganiayai orang  lain akan dimurkai oleh Tuhan. ...