Peta Minda Cerpen Kaduk Ayam Dan Raja
Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)
Cerpen Kaduk,
Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha
mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang
merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam
seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas
empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan
mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya
hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim.
Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak
dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama
Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi
menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.
Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua
ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan
hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan
pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi
sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik.
Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara
Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul
setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya Azam telah
pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim
telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam
iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan
keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada
Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil
jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit.
Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana
selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah
wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos
seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan
penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang
menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa
dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan
ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap
dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang
yang memiliki kuasa.
Tema
Tema cerpen ini
ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai
contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam
walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Persoalan
1.
Persoalan keberanian menuntut hak.
Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes
di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
2.
Persoalan memahami selok belok
bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan
sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
3.
Persoalan ketaatan terhadap
pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam
Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
4.
Persoalan penindasan golongan yang
berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil
kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga
menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.
Plot
Permulaan
Pembaca
diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam
dengan raja. Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas
tanah yang sebenarnya miliknya sendiri.
Perkembangan
1.
Hassan menamakan anaknya Hakim yang
bererti bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan
jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
2.
Hakim seorang yang pandai dan
melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin sedar akan
ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan
datuknya. Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan
kemelut keluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.
3.
Hakim berhasrat mengusahakan projek
penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun memakan belanja yang
besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk melialisasikan hasratnya
itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah pihak bank
pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan.
Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.
4.
Hakim memeterai perjanjian dengan
Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula.
5.
Orang kampung merungut bahawa jalan
kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam melalui
jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki
masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.
Klimaks
Setelah setahun,
Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia
berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat
pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil.
Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan
makanan dan ubat ayam kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat
RAJA amat mahal.
Peleraian
Hakim menganggap
dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang terpaksa
akur pada golongan yang berkuasa.
Teknik Plot
Pemerian
Pengarang
menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban
ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan
meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang
memang rendah dan berair itu.
Dialog
“Dah berapa kali kau
menjual ayam?” tanya Azam
Imbas muka
Hakim pernah
berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan
sebuah memorial.”
Imbas kembali
“Kau ingat kan ,
tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”
Kejutan
Nilai jualan dari
rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas
ribu sahaja yang masuk ke kantungku.Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA
kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan.Dari tiga
belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam,
membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos
penyelenggaraan yang lain.
Watak dan
Perwatakan
Hakim
1.
Anak kepada Hassan dan cucu kepada
Kaduk.
2.
Seorang yang berani memperjuangkan
hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan
memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
3.
Seorang yang gigih menceburi bidang
keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum
menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
4.
Seorang yang tabah menghadapi
masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya
dalam bidang keusahawanan.
5.
Seorang yang rajin menuntut
ilmu. Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Azam.
1.
Sahabat baik Hakim semasa di
universiti.
2.
Seorang yang suka membantu orang
lain. Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam
kes tuntutan tanah milik datuknya.
3.
Seorang yang rajin menuntut
ilmu. Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang
undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara
untuk menambah pengetahuannya.
4.
Seorang yang prihatin. Sebagai
contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam
usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.
Kaduk.
1.
Datuk kepada Hakim dan ayah kepada
Hassan.
2.
Seorang yang suka bersabung ayam.
Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
3.
Seorang yang mentaati raja. Sebagai
contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.
Raja
1.
Seorang yang suka bersabung
ayam. Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
2.
Seorang yang suka mengambil
kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebagai contoh raja telah
menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.
Latar
Latar masa
1.
Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk
pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
2.
Zaman selepas merdeka. Sebagai
contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap
projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.
3.
Dalam masa setahun. Sebagai
contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan perternakan
ayamnya.
Latar tempat.
1.
Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan
Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.
2.
Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim
menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.
3.
Kampung. Sebagai contoh penduduk
kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.
4.
Universiti. Sebagai contoh Hakim dan
Azam melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.
Latar masyarakat
1.
Masyarakat yang mementingkan bidang
keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang
keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.
2.
Masyarakat yang sensitif terhadap
keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati
jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
3.
Masyarakat yang bekerja untuk
mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di
projek penternakan ayamnya.
4.
Masyarakat yang mengamalkan sistem
feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan
golongan rakyat semasa hayat Kaduk.
Gaya Bahasa
1.
Sinkope
Sebagai contoh: kau,
ku
1.
Pengulangan kata
Sebagai contohnya:
Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai
tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang
berkuasa.
1.
Kata ganda
Sebagai contonya:
bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah –tanah.
1.
Bahasa Arab
Sebagai contoh:
Assalamualaikum, Alhamdulillah
1.
Bahasa Inggeris
Sebagai contoh
Global Chiken
1.
Simile
Sebagai contoh :
Bank akan merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas
tanah datukku dahulu.
1.
Personifikasi. Sebagai contoh;
Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam
yang sudah besar.
Nilai
1.
Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim
menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.
2.
Nilai keberanian. Sebagai contoh
hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah dilakukannya sebelum
ini.
3.
Nilai kegigihan.Sebagai contoh Hakim
gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang
banyak.
4.
Nilai keprihatian. Sebagai contoh
Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi
semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia
berangkat ke luar negara untuk berkursus.
5.
Nilai tolong-menolong. Sebagai
contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah
seluas empat ekar milik datuk hakim.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah menuntut hak kita
yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik
tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
2.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk
mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun
terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan
permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
3.
Kita hendaklah berani menceburi
bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan
datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.
4.
Kita hendaklah menolong
golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya
dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.
5.
Kita janganlah mengambil
kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh Syarikat RAJA
mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh
Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Comments
Post a Comment