Kesalahan Istilah dan Tatabahasa
Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.
I : Istilah
T : Tatabahasa
1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut
I : perlawanan > pertandingan
T : adakah > apakah
Jawapan:
“Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.
I : pendapat > pendapatan
T : buat > masak
Jawapan:
Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.
I : sempadan > sepadan
T : dari > daripada
Jawapan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.
I : memalapkan > menggelapkan
T : di > ke
Jawapan:
Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa ke mahkamah di atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.
I : menjajah > menjelajah
T : syarikat itu anjurkan > dianjurkan syarikat itu
Jawapan:
Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
I : dimusnahkan > dihapuskan
T : Beribu > Beribu-ribu
Jawapan:
Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskankan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
I : petempatan > penempatan
T : sebaik-baik > sebaik
Jawapan:
Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
I : paling lari sekali > paling laris
T : kuantiti > kualiti
Jawapan:
Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
I : menulis > menandatangani
T : syarat-syarat > syarat
Jawapan:
Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
I : pengirimnya > penerimanya
T : ke > kepada
Jawapan:
Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
I : menunda > menangguhkan
T : lain-lain hal > hal-hal lain
Jawapan:
Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
I : penggunaan > pengambilan
T : di > dalam
Jawapan:
Pada hari ini, masalah pengambilan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
I : buruk > rosak
T : Pada masa kini > Pada masa ini
Jawapan:
Pada masa ini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
I : membuang > melepaskan
T : pekilang > pengilang
Jawapan:
Pemilik kilang yang masih berdegil kerana melepaskan sisa toksik ke dalam sungai akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pengilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
I : takat > tahap
T : saling potong-memotong > saling memotong
Jawapan:
Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.
I : dibaluti > disaluti
T : gemarkan > menggemari
Jawapan:
Ayah sangat menggemari makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
I : ditangkap > diberkas
T : kepada > daripada
Jawapan:
Berdasarkan daripada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
I : kumpulan > pasukan
T : membincangkan > berbincang
Jawapan:
Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.
19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
I : petikan > gesekan
T : Mereka-mereka > Mereka
Jawapan:
Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih pada ibu negara berkenaan.
I : sekumpulan > segerombolan
T : pada > di
Jawapan:
Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai masih di ibu negara berkenaan.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
I : kereta lumba > lumba kereta
T : butir > buah
Jawapan:
Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.
22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
I : membangunkan > mengejutkan
T : Tiap > Setiap
Jawapan:
Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
I : syarahan > taklimat
T : di > ke
Jawapan:
Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai ke situ.
24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.
I : kecederaan > kemalangan
T : berbagai > pelbagai
Jawapan:
Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
I : digiling > digilis
T : bila > apabila
Jawapan:
Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
I : dipelihara > diternak
T : beribu > beribu-ribu
Jawapan:
Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
I : menjatuhkan > menurunkan
T : kepada > pada
Jawapan:
Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
I : tangan > bimbit
T : menghadiahkan > menghadiahi
Jawapan:
Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
I : memasukkan > menjaringkan
T : Setengah > Sesetengah
Jawapan:
Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.
30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
I : Pengkaji > Penyelidik
T : bagi > dalam
Jawapan:
Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat dalam membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
I : pertunjukan > peragaan
T : Adalah dimaklumkan bahawa > Dimaklumkan bahawa
Jawapan:
Dimaklumkan bahawa peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
I : dijelajah > dijajah
T : masa ke semasa > semasa ke semasa
Jawapan:
Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.
I : pegerakan > pertukaran
T : demi untuk > untuk
Jawapan:
Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.
I : bergadai > bertaruh
T : dari > daripada
Jawapan:
Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
I : berbelok-belok > bersimpang-siur
T : Kebanyakan peserta-peserta > Kebanyakan peserta
Jawapan:
Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bersimpang-siur sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
I : perlawanan > pertandingan
T : berapa > beberapa
Jawapan:
Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
I : bawah > rendah
T : masih > sedang
Jawapan:
Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
I : kejayaan > kegagalan
T : ialah > adalah
Jawapan:
Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
I : julukan > jolokan
T : adalah > ialah
Jawapan:
Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
I : terbungkam > terbongkar
T : dia lakukan > dilakukan
Jawapan:
Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.
I : sekeliling > sekitar
T : pada > kepada
Jawapan:
Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.
I : sisih > sirih
T : mereka serahkan > diserahkan
Jawapan:
Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.
I : mengakui > mengesahkan
T : setelah > selepas
Jawapan:
Pengetua telah mengesahkan bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar selepas melihat sijil asal yang dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
I : mengadakan > menjalankan
T : satu setengah tahun > satu tahun setengah
Jawapan:
Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
I : mengatasi > memulih
T : memikir > berfikir
Jawapan:
Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk memulihkan masalah pendidikan di negara kita.
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
I : pos segera > pos laju
T : Jika sekiranya > Jika
Jawapan:
Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
I : tempuh > tempoh
T : Ini kerana > Hal ini demikian kerana
Jawapan:
Hal ini demikian kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.
I : di buat > diumumkan
T : Sehubungan itu > Sehubungan dengan itu
Jawapan:
Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
I : mencapai > mencecah
T : masa ke semasa > semasa ke semasa
Jawapan:
Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa hingga mencecah satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
I : meningkatkan > mempertingkatkan
T : barang > barangan
Jawapan:
Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.
Comments
Post a Comment