Peperiksaan Percubaan SPM 2018 (Pulau Pinang)

Soalan 1: Rumusan 

 Petikan membincangkan kebaikan tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia

 Antara kebaikan tarian adalah ia dapat membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, ia dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Tambahan lagi, ia juga membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk tampil di hadapan semasa membuat persembahan. Di samping itu, tarian juga melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif. Seterusnya, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Lain daripada itu, ia dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum.

 Antara cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah ialah dengan menubuhkan kelab tarian. Selain itu, pihak sekolah wajar untuk mengadakan pertandingan tarian.

 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memartabatkan bidang tarian agar tarian tersebut tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Soalan 2

i) Maksud rangkai kata kemampuan individu adalah kebolehan seseorang.

ii)Antara peranan ibu-bapa untuk menggalakkan anak-anak menyertai tarian adalah seperti ibu-bapa wajar unuk memberi sokongan dengan memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk menonjolkan bakat masing-masing.Selain itu, ibu-bapa perlulah memberikan motivasi secara berterusan agar semangat anak-anak mereka untuk belajar dalam bidang tarian tidak pudar.

iii)Antara usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia adalah kerajaan perlulah membuka institut latihan yang melatih pelajar seni dan budaya.Selain iyu, kerajaan juga haruslah mengadakan pelbagai program yang menarik seperti karnival, pertandingan budaya antarabangsa dan sebagainya untuk mempromosikan seni dan budaya kepada pihak luar negara dan dalam negara.Oleh itu, budaya dan seni Malaysia terkenal dan terkemuka di serata dunia.

Soalan 2: Petikan Prosa Tradisional


i)Maksud penjurit besar ialah: Penjurit : Askar Upahan, Besar : Terkenal


ii)Tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai Ia singgah di luar kota, ia menyamar dan ia berjalan keluar masuk kampung.


iii)Cara-cara untuk dapat menewaskan Laksamana adalah menggunakan tipu helah untuk menewaskan Laksamana. seterusnya adalah menunggu saat yang sesuai untuk membunuh. Akhir sekali adalah mengupah orang lain untuk membunuh laksamana.

Soalan 2: Sajak


i)Cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan adalah diam dan mengenang dosa lalu serta melafazkan ungkapan taubat kepada Tuhan dengan sebak.


ii)Kesan jika manusia sedar dunia bersifat sementara adalah mereka akan berusaha mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Seterusnya mereka tidak akan  melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan Tuhan.


iii)Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini adalah:

      a. Keinsafan : Penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu

     b. Kegigihan : Penyajak memohon doa pada waktu yang hening, bersungguh-sungguh memohon maaf, dan melafazkan taubat dengan nada sebak

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3(a)
i) lengan - lengan amir sangat panjang

   lengang - keadaan di pasar itu sungguh lengang

ii) timang - memegang anak dengan kedua-dua belah tangan sambil        melambung- lambungkannya sedikit, meletakkan sesuatu pada tapak tangan serta

  menggerak- gerakkan ke atas ke bawah.
  timbang - sama berat, imbang

iii) trafik - keadaan trafik di kajang tidak stabil.
     tragik - kejadian tragik telah berlaku di hadapan rumah mail

3(b)
i) Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.

ii) Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.

iii) Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.

3(c)Kesalahan ejaan:

i) habiskan - menghabiskan
      cucok - cucuk

ii) menghadiahi - menghadiahkan

      senaskah - senaskhah

iii) engkar - ingkar

     menggaul - bergaul


3(d)
i) Keharmonian - keindahan
     para-para - para

ii) tua - usang
    demi untuk - demi / untuk

iii) diwartakan - diarahkan

      di - pada


3(e)

i) sudah terhantuk baru terngadah.

ii) carik-carik bulu ayam, lama-lama akan bercantum juga /air dicencang tak akan putus.

iii)pelanduk dua serupa.


LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA


a)

 Novel yang saya pelajari  ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Watak utama dalam novel tersebut ialah Leftenan Adnan . Leftenan Adnan merupakan seorang yang berani. Contohnya ,  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun hingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata. Keberaniaan Leftenan Adnan menyebabkan Regimen Askar Melayu Berjaya menghalang kemaraan Tentera Jepun di permatang Pasir Panjang, Singapura. Tentera Jepun terpaksa berundur dan beratus-ratus orang tenteranya terbunuh.

    Selain itu, Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang bijaksana . Contohnya , Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival

      Leftenan Adnan juga  Seorang yang patriotik . Beliau sanggup menolak tawaran menjadi guru pelatih, seterusnya menerima tawaran mengikuti  latihan di  Pusat latihan Regimen Askar Melayu di Port Dickson. Tindakannya itu membuktikan semangatnya yang berkobar-kobar  untuk mempertahankan tanahair.  Setelah  menjadi askar Melayu , Leftenan Adnan sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sehingga beliau terkorban dalam pertempuran di Bukit Candu , Singapura.


b)

 Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah. Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah di Pusat latihan Tentera Darat, Port Dickson. Di sini, tempat Leftenan Adnan menerima latihan setelah diterima memasuki tentera. Latar tempat seterusnya ialah di Kg. Sg. Ramal yang merupakan tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan di rumah ayahnya.

 Manakala, latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani ialah di Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura. Di sini merupakan tempat Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik selepas mukanya digigit oleh monyet Belanda. Latar tempat seterusnya ialah di Chale Aya-Sajinah. Tempat ini merupakan pusat peranginan di Cameron Highland yang dimajukan oleh Waheeda selepas ditukarkankan namanya daripada Iwana Iwani. Di sini juga Waheeda bertemu semula dengan Zahid selepas 20 tahun berpisah.

Comments

Popular posts from this blog